Wednesday, April 14, 2010

SOALAN? SOALAN LAGI ? DI SINI ADA JAWAPANNYA!!

Bagaimana rasanya?
RxLite mempunyai rasa koko semulajadi dan tanpa pengawet. Kalau hendak dibuat perbandingan, rasa dan teksturnya tidak ubah seperti Milo.

Bagaimana pengguna dalam testimoni boleh hilang begitu banyak kg sebulan?
Mengikuti saranan Terapi Pelangsingan RxLite. Boleh didapati dalam setiap set yang dibeli.

Berapa kuantiti untuk dapatkan berat badan ideal?
Untuk 10kg, digalakkan menggunakan secara berterusan 2 set RxLite

Berapa harga RxLite?
Harga bagi Pakej RxLite untuk kegunaan sebulan (2 kotak) adalah RM 248 (Semenanjung)/RM 258 (Sabah/Sarawak)

Bagaimana cara penyediaannya?
RxLite datang dalam bentuk sachet pracampur, jadi anda hanya perlu bancuh ke dalam 150 ml (cawan kecil) air panas atau sejuk. RxLite juga boleh dibancuh bersama susu, soya malah boleh dibuat "shake" buah-buahan seperti pisang untuk rasa yang lebih mengenyangkan.



Berapakah sukatan yang diperlukan?
Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, adalah dinasihatkan anda mengambil minima 2x sehari dan maksima 3x sehari. Gantikan sarapan, makan tengah hari dan minum petang anda dengan RxLite. Jika tidak tahan lapar, minum sebotol air bersih dan menyihatkan seperti RxWater atau ambil buah-buahan.

Siapa yang tidak boleh mengambil RxLite?
RxLite tidak sesuai bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun, ibu mengandung, ibu menyusu dan mereka yang mempunyai sejarah sawan.

Naik jerawat selepas mengamalkan RxLite
Kadangkala sesetengah kandungan makanan boleh menyebabkan reaksi kepada kulit, terutamanya jika kulit sensitif kepada haba dan peluh. Untuk membantu anda menghadapi masalah ini, kami cadangkan minum sekurang-kurangnya 500 ml air kosong (sebaiknya air seperti Rx-Water) sejurus selepas meminum RxLite untuk mengurangkan rasa panas dan membantu proses pembakaran lemak yang lebih efektif.

Adakah mengambil pil perancang, iud atau ubat-ubatan lain tidak memberi kesan penurunan berat badan?
Sebenarnya sesetengah medikasi bukan membawa kesan khusus kepada RxLite, tetapi apa sahaja produk yang memerlukan tindak balas sistem pembakaran lemak di dalam tubuh badan. Bagi pengguna pil perancang, sehingga ke hari ini, kami menerima maklum balas yang bercampur-campur. Ada yang kurangkan berat badan, dan ada yang tiada perbezaan. Oleh itu, cadangkan untuk mencuba dahulu satu set, untuk menilai sendiri sama ada tubuh badan anda memberi tindak balas atau tidak.

Jika kita tidak tahu kita mengandung pada awal bulan pertama/kedua ,adakah ia akan membahayakan bayi dalam kandungan ?Amaran tidak menggalakkan wanita mengandung dan menyusu untuk tidak minum RxLite hanyalah sebahagian daripada polisi Dato' Dr. Noordin Darus untuk tidak mengambil sebarang risiko, walaupun secara saintifiknya, impak RxLite terhadap golongan ini amatlah kecil dan hanya melibat 5-10% populasi. Oleh itu, pengambilan RxLite tanpa sengaja ketika mengandung tidak akan membahayakan kandungan. Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan berhenti serta merta bagi memastikan pembesaran berat dan nutrient yang secukupnya untuk kandungan.

Diabetes tidak menurun malah makin meningkat
Yang penting bagi pengidap diabetes adalah kandungan gula yang diambil secara keseluruhan. Jika tabiat pemakanan dan pengambilan gula kekal pada paras lama, kemudian ditambah dengan RxLite, maka secara logiknya paras gula akan meningkat. Oleh itu, kami nasihatkan anda membaca maklumat kesihatan yang terdapat di kotak RxLite, dan membuat perubahan dalam pengambilan gula dari sumber yang lain agar jumlah diambil tidak meningkat. Pada masa yang sama,jangan putus asa kerana salah satu cara untuk membantu pesakit diabetes adalah untuk menjaga berat badan ideal anda.

Kenapa harus minum air yang banyak bila mengambil RxLite?
Nasihat untuk minum banyak air sebenarnya bukan khas untuk RxLite tetapi untuk kesihatan umum (cadangan 8 gelas sehari, atau 2.5 liter). Apabila badan mempunyai air yang cukup, ianya mempercepatkan semua proses pembakaran lemak, melancarkan perjalanan darah, dan meningkatkan tahap metabolisme disamping mengawal rasa lapar. Pada masa yang sama, RxLite juga mengandungi bahan pembakar lemak yang MUNGKIN membuatkan anda terasa panas dan mudah berpeluh. Oleh itu, gantikan kehilangan air ini dengan mengambil sekurang-kurangnya 500 ml air kosong bersih (seperti Rx-Water) selepas mengambil RxLite.

Kenapa ada yang tambah berat badan di bulan puasa?
Ketika bulan puasa, ramai yang salah anggap bahawa dengan tidak makan, secara automatik tubuh badan akan membakar lemak. Realitinya adalah jumlah kalori dalam sehari yang diambil memainkan peranan yang penting. Walaupun bilangan hidangan dikurangkan, tetapi jika sewaktu berbuka anda mengambil jumlah kalori yang tinggi, berat badan pasti akan meningkat.

Pada masa yang sama, pengambilan hidangan kecil, walaupun banyak kali (eg: 5x sehari) didapati lebih efektif dalam proses pelangsingan badan berbanding kurangkan hidangan makan, tetapi satu hidangan itu begitu banyak makanan. Ketika bulan puasa, cuba pecahkan hidangan berbuka kepada bahagian lebih kecil dengan tempoh ½ jam di antara pengambilan juadah.

Jangan lupa, sekiranya anda mengambil kalori yang sama seperti tidak berpuasa, tetapi pada bulan puasa anda KURANGKAN AKTIVITI FIZIKAL, manakala secara semulajadi badan akan bertambah berat.

Kenapa masih berasa lapar walaupun sudah mengambil RxLite?
Perasaan lapar sesudah mengambil RxLite adalah satu perkara yang tidak perlu dirisaukan. RxLite merupakan minuman koko ringan yang mempunyai kandungan kalori rendah membuatkan sesetengah individu dengan kadar metabolisme tinggi terhadap gula merasa "tidak puas" atau lapar.

Pada masa yang sama, sesetengah dari individu mempunyai daya adaptasi yang rendah terhadap sebarang perubahan corak pemakanan. Bagi kumpulan ini, perasaan lapar itu akan hilang setelah lebih 3-4 hari mengamalkan pengambilan RxLite. Bagi yang lain, anda dinasihatkan mengambil 500 ml air kosong bersih (seperti RxWater) selepas mengambil secawan RxLite dan tunggu 30 minit sebelum merasa kesannya dalam mengurangkan rasa lapar. Sekiranya anda masih lagi rasa lapar, silalah makan makanan rendah karbohidrat seperti daging, ayam dan ikan.

Walaupun telah menghadkan pengambilan makanan, senaman, minum air yang banyak, kenapa berat badan masih belum turun?
Kes seperti ini, walaupun jarang, tetap akan berlaku. Tubuh badan manusia, walapun secara fisiologi bertindak sama sahaja, tetapi ada di kalangan kita yang mempunyai tindak balas berbeza dari yang lain. Malah, ada segelintir yang bukan sahaja tidak kurangkan berat badan, tetapi semakin meningkat! Bagi golongan sebegini, usaha anda untuk mengurangkan berat badan menggunakan RxLite harus lebih intensif dan berbeza berbanding golongan lain.

Pastikan pengambilan kalori harian anda sekarang (sebelum berdiet), kemudian lakukan penyelarasan agar pengambilan ini dikurangkan secara berperingkat. Sebagai contoh, sekiranya badan anda telah biasa mengambil 2500 kcal sehari, kurangkan 500 kcal untuk minggu pertama. Jangan lupa untuk mengambil kira kandungan kalori daripada minuman anda (seperti kopi)!!!

Pada masa yang sama, tingkatkan pengambilan RxLite kepada 3x sehari. Jika boleh, RxLite ini mengganti hidangan sarapan pagi dan makan tengah hari. Pengambilan ketiga RxLite bergantung sekiranya anda biasa makan petang atau tidak. Jika ya, gantikan makan petang dengan RxLite. Jika tidak, ambil RxLite 30 minit sebelum makan malam. Jangan lupa untuk mengambil 500 ml air kosong bersih selepas minum secawan RxLite!

Sekiranya anda masih tidak tahan lapar selepas 30 minit mengambil RxLite, anda digalakkan mengambil makanan rendah karbohidrat tetapi tinggi protein seperti ayam dan daging (jangan ambil bahagian lemak/kulit), ikan dan makanan laut. Tingkatkan aktiviti fizikal harian dengan satu langkah mudah – berjalan kaki (walaupun santai) di antara 15-30 minit selepas setiap kali waktu makan (terutamanya makan malam). Tindakan ini sahaja didapati dapat meningkatkan pembakaran lemak sebanyak 50%. Oh yea, disiplinkan diri untuk makan seawal yang mungkin di waktu malam (maksimum sebelum pukul 9 malam atau 2 jam sebelum tidur). Dan yang terakhir, kunyahlah makanan yang dimakan sekurang-kurang 20x secara perlahan-lahan dan nikmati setiap rasa makanan tersebut. Tips ini didapati dapat mempercepatkan rasa kenyang, dan sebenarnya mempercepatkan pembakaran lemak dalam makanan tersebut melalui enzim air liur.

Setiap kali minum RxLite, terasa sakit kepala
Tidak dinafikan bahawa ada segelintir yang mempunyai reaksi seperti pening kepala, terlebih berpeluh dan gastrik. Ini adalah tindak balas tubuh badan terhadap kandungan pembakar lemak di dalam badan. Tetapi reaksi ini sebenarnya bersifat sementara dan menggambarkan kelemahan sedia ada dalam tubuh badan.

Bagi mengurangkan impak RxLite secara fizikal seperti ini, ambil 500 ml air kosong bersih selepas meminum RxLite. Ini dapat mengimbangi kandungan bahan asing di dalam badan, mengurangkan suhu badan, dan membantu mengurangkan tindak balas asid perut yang menyebabkan gastrik.

Golongan seperti ini juga dinasihatkan untuk mengambil hanya 1x RxLite sehari buat permulaan dan secara berperingkat meningkatkan pengambilan berdasarkan keselesaan tubuh badan anda. Dalam masa 7 hari, tubuh badan manusia pasti sudah adaptasi dengan pengambilan RxLite.

No comments:

Post a Comment