Kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia
Merujuk kepada perkara di atas dan persoalan berbangkit.WorldWellness Network sentiasa memastikan bahawa produk keluaran WorldWellness melalui pemeriksaan dan mendapat kelulusan yang sepatutnya dari badan-badan berkaitan.
Bagi Kementerian Kesihatan Malaysia, proses bermula dengan pendaftaran produk berserta kandungan (termasuk kuantiti yang digunakan) dalam bentuk borang untuk penilaian pihak KKM. Menerusi senarai kandungan, komposisi dan kuantiti, penganalisa KKM akan mengkategorikan produk tersebut sama ada sebagai makanan, atau kategori-kategori lain (contoh: ubat, ramuan tradisional).
Penilaian dilakukan bukan sahaja berdasarkan formula dan isi kandungan tetapi juga kuantiti dan peratusan yang digunakan. Sebagai contoh, walaupun RxLite mengandungi L-Carnitine, tetapi kuantitinya belum mencukupi untuk RxLite dikategorikan sebagai ubat. Setelah dua minggu, pihak KKM akan mengeluarkan surat menyatakan kategori produk tersebut.
Bagi RxLite, KKM telah memaklumkan bahawa berdasarkan kandungan dan peratusan kandungan, RxLite dikategorikan sebagai makanan dan tidak perlu melalui langkah seterusnya yakni pendaftaran untuk kelulusan dan sebagainya.
Diharap agar penjelasan ini dapat menjawab persoalan anda dan tiada lagi persoalan berbangkit mengenai isu ini.
Sekian, terima kasih.
Najmie Noordin
Pengarah Eksekutif
WorldWellness Network Sdn. Bhd.
No comments:
Post a Comment